Saturday, September 13, 2008

ISA percepatkan kejatuhan kerajaan BN

Artikel ini dipetik daripada harakah daily...

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16923&Itemid=1

ISA percepatkan kejatuhan kerajaan BN
Anwar Ibrahim
Sat | Sep 13, 08 | 1:17:36 am MYT

Saya mengecam penahanan aktivis sosial dan penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin, di bawah undang-undang kuku besi ISA. Dengan menggunakan ISA untuk menghalang proses perubahan di Malaysia, kerajaan Barisan Nasional yang diketuai Umno mengesahkan ianya telah tidak berpijak di atas sokongan rakyat dan sudah tidak mampu memimpin Malaysia dengan adil dan demokratik. <

Iklan




p> Saya menegaskan Raja Petra mesti dibebaskan segera dan sebarang tuduhan yang dibuat oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mestilah diselesaikan dengan segera mungkin menuruti proses undang-undang. Raja Petra seharusnya dibenarkan untuk berjumpa peguam dan anggota keluarganya mestilah dibenarkan untuk berjumpa beliau sewaktu dalam tahanan.

Penahanan Raja Petra dan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan hari ini kepada Sin Chew Daily, The Sun dan Suara Keadilan di samping halangan terdahulu terhadap laman web politik yang terkenal, menunjukkan dengan jelas kesediaan kerajaan untuk melumpuhkan kebebasan bersuara di saat rakyat berani untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dasar kerajaan.

Selepas Pilihan Raya 8 Mac dan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, rakyat Malaysia telah menzahirkan keberanian dan iltizam mereka untuk membina satu masyarakat yang demokratik. Penahanan ini tidak akan meredakan merudumnya kredibiliti pentadbiran sekarang, malah hanya akan mempercepatkan kejatuhan pentadbiran ini.

KeADILan mengulangi bantahan keras terhadap sebarang tindakan menahan individu secara sewenang-wenangnya. Kami secara konsisten menggesa pembebasan semua tahanan ISA kerana tindakan itu bertentangan dengan prinsip masyarakat demokratik. ISA ternyata digunakan untuk melumpuhkan sebarang kritikan dan digunakan terhadap individu yang mempertahankan hak kebebasan suara mereka yang bertentangan dengan pemerintah.

Menggunakan ISA hanya beberapa hari sebelum 16 September jelas satu usaha untuk mencipta ketakutan dan ketidakstabilan palsu buat menjustifikasikan taktik kerajaan ke atas mereka yang bersama pembangkang._

Thursday, September 11, 2008

Selalunya Terdapat Beberapa Cara Yang Terbaik

Pada suatu pagi yang hening, di dalam sebuah ibu kota yang sibuk, terdapat seorang budak buta yang sedang duduk di anak tangga di sebuah jejantas dengan meletakan mangkuk kosong berhampiran kakinya. Dia memegang sebuah kad, yang diperbuat daripada sekeping kotak, yang tertulis

"Saya seorang buta. Bantulah saya."

Tidak banyak duit syiling lebih-lebih lai duit kertas di dalam magkuk tersebut. Seorang lelaki yang bergaya sedang menuruni jejantas, sambil meraba-raba duit syiling di dalam poket seluarnya, dia memandang kad yang ditulis oleh si buta tersebut. Dia meletakkan duit syiling di dalam mangkuk dan kemudian dia mengambil kad si buta tersebut yang terletak bersebelahan dengan mangkuk. Dia memalingkan kad tersebut, mengambil pen di poket baju kemejanya dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan balik kad tersebut, supaya orang yang lalu-lalang di situ akan nampak ayat terbaru si buta.

Setelah beberapa ketika, mangkuk itu mula dipenuhi dengan syiling. Ramai orang yang memberi sedekah kepada budak buta itu.

Di tengahari pada waktu yang sama, lelaki yang mengubah kad si buta datang untuk melihat perubahan yang berlaku. Si buta itu tahu lelaki pagi datang kerana bunyi tapak kasut dan bauan yang dipakai lelaki itu. Si buta bertanya ‘Apa yang anda ubah pada kad saya pagi tadi?’ . Lelaki tersebut menjawab, ‘Saya hanya tulis perkara yang benar. Saya tulis apa yang tertulis di kad itu sebelum ini tetapi di dalam cara yang berlainan.’

Apa yang lelaki itu tulis ialah:

"Hari ini merupakan hari yang indah dan cantik. Sedih saya tidak dapat melihatnya."

Adakah anda fikir ayat yang pertama dengan ayat kedua menyatakan benda yang sama?

Sudah tentu, keduanya menerangkan yang budak ini buta. Ayat yang pertama, hanya menyuruh orang ramai berasa simpati dengannya. Tetapi ayat kedua, menerangkan orang ramai dapat menjalani kehidupan yang normal tetapi tidak bagi budak itu kerana dia tidak dapat menikmati hari yang indah kerana dia buta.

Ayat kedua lebih effektif.

Dua pengajaran di dalam cerita ini.

- Bersyukur pada yang anda ada. Ada orang yang lain yang dapat sedikit daripada anda. Tolong menolong jika anda termampu.

- Jadi seorang yang kretif, innovatif, fikir cara yang berlainan…. Selalunya terdapat cara yang terbaik…

Tuesday, September 9, 2008

Segengam garam, segelas air dan sebesar danau

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya kebelakangan ini selalu nampak murung dan sedih.
“Kenapa kau selalu murung dan sedih nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?” Si Guru bertanya.

“Guru, kebelakangan ini hidup saya penuh dengan masalah. Sukar bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tiada akhirnya” jawab si murid muda. Si Guru tersenyum. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam, Bawalah kemari. Biar ku perbaiki suasana hatimu itu.” Si murid pun beranjak perlahan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa segelas air dan dua gengam garam sebagaimana yang diminta.

“Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu, setelah itu cuba kau minum airnya sedikit” kata Si Guru.
Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis kerana meminum air yang sangat masin.

“Bagaimana rasanya?” Tanya Si Guru. “Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih meringis. Si Guru tersenyum sekali lagi apabila melihat wajah muridnya yang meringis kemasinan.

“Sekarang kau ikut aku.” Si Guru membawa muridnya ke danau berhampiran tempat mereka. “Ambil garam yang segenggam lagi, dan tebarkan ke danau”. Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya kurang sopan meludah di hadapan gurunya itu, Begitulah fikirnya.


“Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata Si Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, bersebelahan pinggir danau. Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tekakkannya, Si Guru bertanya, “Bagaimana rasanya nak?”

“Segar, segar sekali Guru” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya.

“Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?”
“Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Si Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau tersebut sampai sepuas-puasnya.

“Nak,” kata Si Guru setelah muridnya selesai minum. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadarkan oleh tuhan, sesuai untuk dirimu.

Jumlahnya tetap sebegitu, Sebegitu, sebegitulah ia, tidak berkurang, tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”
Si murid terdiam, mendengarkan.

“Tapi Nak, rasa `masin’ dari penderitaan yang dialami itu sangat bergantung dari besarnya ‘qalbu’(hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak terasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikanlah qalbu dalam dadamu itu sebesar danau”.

Mulai Dengan Hari Yang Ceria

Assalamualaikum...

Salam Ukhwah buat semua muslimin dan muslimat..

Sejak kebelakangan ini aku sentiasa sibuk dengan kerja-kerja harian. Perkara ini amat meletihkan.

Ini merupakan satu cabaran buat aku. Emosi kadang-kadang terganggu.

Teringat aku kepada satu pesanan motivasi yang ingin aku kongsikan dengan korang.

Take it a day at a time!

aku menempuh hari, seperti ianya satu hari yang baru setiap hari. Apabila bangun tidur, jangan pula mengeluh dan mengatakan hari ini akan jadi sama seperti hari semalam dan sebelumnya!

Tetapi, percaya dalam hati bahawa hari ini adalah hari yang baru, dan anda adalah orang yang baru yang lebih produktif dan lebih optimistik untuk mencapai apa sahaja kejayaan daripada semalam!

It’s a brand new day! take it a day at a time… ;)